Tuesday, October 27, 2009

JelOus..Jelous..This WHat I am..

Jealousy
I hate her but I stand her only cause she makes you smile
So I guess I just want to see you happy for a while
But tell me why you guys always seem to start a fight
And I really wish one of you would finally see the light

I'm walking amiss, feeling my own cold breath
I realize now that I've got no hope left
I'm tired of smiling when I really don't care
So stuck in a feeling of absolute despair

If you want to be with her- why do you like me too?
You say you're confused and don't know what to do
But when you're with her you seem to forget
About the feelings you give and the times you regret

That girl you love; how boring is she?
To hang up on her and then call me!
Do you love us the same, am I to blame?
Your actions speak louder than the love you proclaim

So tell me how you love her more
When she seems to leave your heart so sore
You guys just fight and never quit
You make each other feel like shit

When you're with me all you do is smile
When you're sad- whose number do you dial?
Do you realize how much I need you here
That losing you is my one greatest fear

So is it because she got to you first?
Do you understand your lies make things worse?
Your confusion is causing me so much pain
I don't know how much more I can sustain

Thursday, October 22, 2009

Daya Penarik??Pentingkah Pada AnDa

LUMRAH manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.

Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.

Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:

Pamerkan air muka bertenaga

Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

Tenang dan kawal diri

Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.

Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja

Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.

Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.

Walaupun anda suka memakai baju-T dan jean, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.

Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.

Pilih yang positif, lupakan yang negatif

Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.

Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri.

Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

Berkawan dengan sesiapa sahaja

Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.

Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa.

Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok...masuk kandang kambing, mengembek...masuk kandang harimau, kita mengaum!'

Berterus terang, telus dan jujur

Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.

Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.

Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat. Masyarakat bijak menilai.

Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.

Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.

Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

Mempunyai prinsip

Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.

Mempunyai keyakinan diri

Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.

p/s:kosmo online 22 oct 2009

Tuesday, October 20, 2009

KeGiLaan Ku

neh antara bnyk2 habit or yang menjadi kegilaan aku..

kalo g shopping complex ja..mesti ttba dgr my ummi kta "dtg neh bkn nak beli apa2"
hehe~
sbbnya dia tau anak dia sorg neh msti akan beli something to bring back home..
dr sebesar2 brg or sekecil2 barang.kira wajib aku beli something..
kkdg brg 2 jdk cm xtrpakai lak..
masalah gila shopping..
aku leh spend 4 hour brjalan2 cari barang..
huk2~..tipu r kalo aku kuar g shopping complex..aku kuarkan statement "xnk lar beli pape"
lpas melangkah kuar 2 msti da duit dkat rm50 - rm100 hbis cm2 ja..xtau pbndanya aku beli..
sampai baju kat umah..kalo buka almari 2..leh org kata buka pasar raya (na da baju2 lama ja 2)hehe~..
kkgd sape dtg meniaga bilik aku 4sure dia wat untung...huhu~
aku msti beli punya..
2 mmg gaya aku..xtau nk buang habit neh cena..cuma yg dapat control habit neh juz my ummi ksyangan..even dia control xbg beli barang 2, ending cter dia msti aku tarik muka spuluh sen...majok2..
kena juga beli barang...blik cuti deepavali..smpat aku beli selimut yang comel...
eh da kegunaan tau..use to make me warm bila sejuk2 kat kolej kediaman kat mktb neh..
so next week..jalan2 g kota bharu..nk SHOPPING=)waa~elaun pun agak mantap g..so leh shopping dgn gembiranya~
tp make list dlu..2 yg penting..t kejap ja elaun 2 leh hbis...




another things lagi..i love chocolate..
can u imagine..coklat bar yang paling besar cadbury..aku bleh hbiskan dlam masa semalam ja..
when i start to eat chocolate..xbagi nasi pun xpe dh..
xkisah pape..tp not focusing much on chocolate..tp it most likely focus on chocolate flavor..
serious..dr kek coklat, susu coklat, chocolate bar, biskut chocolate, jem chocolate..
suma aku sapu... nikmat tau makan coklat..
2 bdn aku pun bulat semacam ja...bahana coklat brlebihan..
tp kalo nk tau..mkn coklat neh xgemuk benarnya kalo dalam kuantiti yang mencukupi..xpyh lew contohi aku mkn coklat sampai xingt dunia..amatlah xdigalakkan kecuali anda yg ingin tmbah berat bdn r..

neh setengah info 4 the chocoholic..
sekepin coklat hitam mengandungi 2X antioksidan dan kalori yang rendah so anda2 di luar sna amatlah digalakkan ambil coklat ini..tp coklat susu pun baik sbb dia ada kandungan kalsium..
Tmbh2 g..coklat yang kebanyakkan jadi kegilaan xkira sama ada wanita, remaja perempuan or sama waktu dengannya neh..is that coklat is anti depression which its contains theobromine yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jntung..coklat juga dpat memperbaiki fungsi kerja jantung..iaitu mampu mengurangkan kepadatan kolestrol...
Uhuk2~percaya x korg..kata coklat juga bleh jadi ubat batuk n most amazing it can prevent stroke attack..sbb dia dapat halang pembekuan darah..n coklat mencegah tekanan darah tinggi
..

so xsia2 aku gila kepada coklat=)yummy~

wat msa neh ja kegilaan aku...yg len2 2 xdapat dikenal pasti lagi kot..hoho

Thursday, October 15, 2009

LOVE U ALL

Bohong lew kalo da yg kata xpernah jatuh cinta..
xkira cinta 2 kepada sesiapa pun..
sama ada cinta yang agung and satu kepada Allah S.W.T..
atau sekecil2 cinta kita kepada makhluk Allah yang lain..

post kali neh ditujukan khas 4 my family:
Encik Basir, Pn. Jamilah, Muhammad Azmeer, Nur Azleea
My Friends:suma yang mengenali..
dan lain2..iena sayang korg suma..
thankz make me happy day by day..




orang kata?atuk kata?aku kata?

ORANG KATA :
Enjoy sementara muda,

Hidup panjang lagi,

Dah tua nanti tobatlah.


ATUK KATA:
Orang muda hidup memang baru bermula,

Tapi belum tentu masih panjang lagi,

Entah² esok lusa Izrail datang menjemput.


AKU RASA :
Betul jugak tu ...




ORANG KATA :
Exams tu susah,

Kena banyak sacrifice,

Constant study.. past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA :
Exams tu senang aje,

Dah ada tarikh untuk diuji,

Dah ada syllabus untuk diikut,

Kalau ajal.. entah bila siapa pun tak tahu,

Banyak pula tu peringkat ujiannya,

Munkar Nankir, Neraca Mizan, Tayangan slide ...

AKU RASA :
Betul jugak tu …



ORANG KATA :
Have fun on your birthday,

Panggil kekawan and sedara mara,

Berpartylah sepanjang malam,

Make it a memorable one !!
ATUK KATA :
Setiap hari jadi, kita semakin hampir,

Hampir setahun dengan kematian,

Setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ...
AKU RASA :
Betul jugak tu ...




ORANG KATA :
Kerja mesti sungguh-sungguh,

Beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ...

Baru hati puas !!
ATUK KATA :
Ye ke hati dah puas??

Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?

Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?

Dah cukup zikir untuk santapan rohani?

Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA :
Betul jugak tu ...



ORANG KATA :
Successful people have a good time management,

Ada bisnes di kl, new york, tokyo ...

Masih sempat berkempen untuk pilihanraya,

Masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,

Masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA :
Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari,

Tapi ...

sesetengah tu masih ada ke untuk berada di atas sejadah 5 kali sehari semalam?

ada masa nak selak Al-Quran sekali seminggu?

ada nasa ke nk jenguk mak ayah kat kampung?

sekali dalam seminggu,tak pun sebulan..paling sibuk si anak sekalipun sekali setahun?

AKU RASA:

Sumanya betul..

p/s:renungkan2..sememang kita xsempurna tapi luangkan masa untuk memperbaiki kesilapan diri..


Thursday, October 1, 2009

MisTeRI DAN hEbATnYa Makna Canti~

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.


Itu saja yang membezakan

Ice!!! I miss It..so cOOL

Time gg xbape nk sembuh neh..rasa rindu lak nk kunyah ais..tp gg xdapat thn..huhu~
so this post kali neh dedicate special for ice..miss it~

Rahsia Di Dalam Ais
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.