Saturday, January 21, 2012

Post pertama bg thn 2012...even yg 2011just satu ja sbb xda bnda nk dikongsi sgt....


Pulang untuk CNY 2012...berhenti dkat one parking lot kat satu medan selera....nampak seorang wanita tua duk kutip satu persatu sampah kat medan tu dr sekecil2 sampah until sebesar2 sampah yg ada kat medan selera tu yg selagi trmampu dia kutip lar....Rasa kasihan terbit dlm hati...smbil mikir dgn smpah yg dikutip tu dia cri rezeki...and dia still kuatkan diri utk cari sesuap rezeki utk diri dia dgn cari baik and that is better coz dia wat keja yg halal dalam cari rezeki utk isi perut dia...


Part two of the story..suddenly da sorang manusia neh buang pulak sampah kat ujung medan selera dengan slumber....mcm xnmpk je tong sampah yg ada... lgpun mak cik 2 dah bersihkan smpah yg ada kat c2..dia men sedap2 je buang lg smpah kat c2...hello...mana pemikiran sivik lg waras yg ada bleh guna utk fikir logik ke tak nk buang smpah merata2????....sperkara kalo kita noticed ramai je mcm neh...kalo ada tong smpah guna lar.....tong smpah berlungguk disediakan perlu ke buang smpah kat atas jln@lantai@lubang tandas@sinki or yg sama kategori yg bukan tong smpah???...


Come on lar..lg 8 years nak masuk thn 2020 tp xleh lg guna kewarasan logik akal yg Allah bg utk buang smpah n jga kebersihan supaya kekal cantik...then bila longkang sumbat..itu sumbat ini sumbat salahkan penguatkuasaan or segala bagai sebab cuai xcuci or selenggara..come on lar people....One place takkan bersih kalo takde perlaksanaan dr peringkat diri setiap org....even for example, sekecil2 plastik gula2 pun korg selit sna sini...dr menyusahkan org baik korg simpan je dalam beg or poket kalo dah xnmpk tong smpah until korg nampak satu, korg buang lar dlm tu...bukan payah n xberulat tgn pun pegang smpah tu.


berbalik cam kisah td...saya kecian je tgk mak cik yg kutip sampah td,,, dia dah hbis bersihkan kawasan medan tu....manusia tu sedap2 je buang smpah dia kat tempat yg dah bersih....can u imagine that kalo korg berada kat tempat mak cik tu...hadoi....saya jumpa satu artikel yg sebut hal kebersihan


Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan manusia agar melihat keadaan sekeliling yang begitu indah dijadikan oleh penciptanya. Agama Islam juga tidak suka akan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekeliling walaupun Allah swt telah mengamanatkan kepada manusia sebagai khalifah. Firman Allah swt :- 


"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." [Surah al-Ahzab : 72] 


Allah swt akan melaknati mereka yang telah membuat kerosakan di atas mukabumi ini.Firman Allah swt :- 


"(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; ] Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)" [Surah al-Fajr 11-14] 


Kerosakan kepada bumi termasuklah perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan cara membuang sampah merata-rata, termasuklah diatas jalan. Malah dalam Islam, membuang barang-barangan yang boleh mencederakan orang diatas jalan juga merupakan satu amalan sedekah.
 Dari Ibn Abbas, Nabi :saw bersabda :- ......dan membuang bahaya di atas jalan adalah sedekah" 


Begitu juga didalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. :-
 "Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya, dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]. 


Kalau membuang duri dari jalanraya mendapat pahala, maka sudah tentu membuang sampah merata-rata akan mendapat dosa. 


Agama Islam benar-benar menjaga hak manusia dan alam sekitar. Kalau di fikirkan, apa kaitan diantara membuang duri dan mendapat keampunan Allah swt ? Begitu juga kaitan membuang sampah, puntung rokok dan sebagainya diatas jalan dengan kemurkaan Allah swt? Kesemua ini merupakan kaedah meletakkan pada tempat masing-masing. Malah, Islam meletakkan hak jalan raya pada tempatnya. Sabda Nabi :saw bersabda:- 
"Awas apabila duduk diatas jalan. Mereka bertanya : Kami tida mempunyai pilihan?; disitu kami duduk dan bercakap-cakap. Baginda berkata : Jika kamu mahu juga duduk disitu, maka berlah hak kepada jalan. Mereka berkata : Apakah hak kepada jalan? Baginda berkata : Tundukkan pandangan kamu......." [Hadith Riwayat Bukhari #2333, Muslim #2121]. 


Menjaga alam sekitar mempunyai punyai kaitan rapat dengan mengaja keindahan. Allah swt amat suka kepada sesuatu yang indah dan cantik. Di dalam sebuah hadith rriwayat Ibn Mas'ud ra, Nabi :saw bersabda :- 
"......Sesungguhnya Allah itu cantik dan dia suka kepada kecantikan....." [hadith Riwayat Muslim #131] 

Begitulah didikan yang diberikan oleh Nabi :saw kepada umatnya. Kesemua perkara yang baik itu merupakan sedakah, dan begitulah sebaliknya.
 Firman Allah swt :- "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Surah al-Zalzalah : 7-9] 


Kesemua manusia akan dihitung atas apa sahaja perbuatan baik dan buruk di muka bumi ini, termasuklah membuang sampah diatas jalanraya. Dalam konteks undang-undang syariah pula, perkara-perkara sebegini boleh dilakukan penguat kuasaan dengan menggunakan undang-undang ta'zir atau denda. Menjaga kebersihan jalan raya merupakan tugas dan tanggung jawab setiap orang Islam. WA. 


Sila rujuk artkel berikut mengenai pengjagaan alam sekitar :- 


p/s:Fahaman Islam kita sempit, alam tercemar - SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin 


so dr sini mudah-mudahan kita tau betapa pentingnya kita menjaga kebersihan bersama-sama...dr kecil sampai lar besar..dah di didik dah diajar....bayangkan kalo diri kita sndiri nak umah kita bersih dr segala smpah n buang kat tempat sepatutnya apa kata kekalkan sikap yg ada tu di luar kawasan umah kita...jadikan kebersihan 2 tabiat n amalan kita ....renungkan bersama n selamat beramal=)