Tuesday, July 28, 2009

INFLUENZA A or H1N1

Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada penularan”, kemudian ditambahkannya pula, “Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat.”

just 7 days ja kat maktab sekarang da da kat umah..
cm xcaya ja..ingt terengganu 2 dekat ke apa=)
seronok tu mmg seronok..
but when think back nk seronok apanya..
coz maktab tutup sebab nk halang penularan penyakit berjangkit..
seram sejuk ja dengar sbb H1N1 can cause fatal death..
tp nape yg disyaki dibenarkan balik??
patutnya dikuarantin..
doesn't make sense langsung lar..
kalo jangkit cena..
balik ri2..aku sihat but now dah start batuk2....
hurmmm..agak-agak korang kenapa yah?
lain kali kalo nk prevent to wat sungguh2..
neh x yg disyaki xsihat pun dibenarkan pulang dengan yang sihat...
adakah penularan penyakit berjangkit neh tanda-tanda kiamat????
renungkan...

Saturday, July 25, 2009

Miss Everything...

OHHHH...CUTI...
bru ja blik umah xsmpai seminggu..
i already miss my home..
miss my family n segala yang da kat alo star...
tmbh2 lak dapat shopping for dua ari berturut2....
kaki shopping mmg gni..
dasar xleh diajak..demam pun i can still walk to shopping..
my mum kata sem neh must push a lil bit harder to get better pointer..
i hope so to reach my target..
blik cuti kali neh, my bro xda kat umah..
kalo x msti dia bsing2 nk tau my result for MUET..
at least i told him i get band 4..alhamdulillah..doa dimakbulkan..
tp yg kurengnya he still want to know my point 4 MUET 2..
tau band pun jdk lew kan..hehe~..
part tu kna rahsia..t dia tayang lak..
ala..besa lar kan kalo dh rendah dr dia..coz dia bdk TESL kat UPSI...msti lew beza ckit dr adk dia...hope dia lupa nk tny when ktaorg berjumpa t..
my sis...lama xjmpa dia ri2..mkin ari mkin chubby..mkin nk serupa aku ja..
=)...sori sbb xmampu nk cover file yang ilang in my laptop selepas berhari2 siapkan..
bkn sengaja~..
my mum or my dad always call me kat cni(ipgm)... bla call diaorg mesti cter..ada2 sja aktiviti diaorg wat..jeleznya~ nk ikut serta gak..but i can't..really miss them=(
tabahkan lar hati neh.....
sekian shaja..luahan ati neh..
xdapat nk tulis pnjg lg coz sakit kepala now..

GEMUK itu menarik=)


Gemuk itu menarik x??
for you all..give me any comment about this..juz nak tau..
sbb diri neh pun leh tergolong dalam golongan 3G neh=)

so apa pendapat korang ek? for me lar kan..neh bkn nak angkat bakul sendiri or what but for me myself yang skrg dh umo 19thn neh nk share gak what i feel..
sbbnya dr dulu g sokmo yang kta aku neh Badak air, hippopotamus, blu hyppo and bla...bla..

but 4 me..gemuk or not, its just what appears on the outside. to me each and everyone of us is beautiful. for God is fair in whatever he does and none is made differently. we are unique in every sense. so your size or appearance does not really define as beauty because what's inside is what matters most. if kurus, does not make you pretty either. sometimes even thin people are not that pretty only because of how they behave and bring themselves.

rite guys??

aha..so you all imagine tgk kalo someone tu kurus sgt pun xsdp dpandang..kalo gmuk sgt plak tkut kesihatan tak terjamin rite..cantik or x suma 2 xbape penting..yang pentingnya sihat ke tak seseorang tu.. tambah2 lagi kalo suka seseorang jangan lar hanya pndang pada rupanya tp pada hatinya..


for yang sama waktu dgn aku neh..try to accept yourself seadanya tanpa perlu merungut..suma manusia sama sahaja di sisiNYA yang membezakan kita adalah amalannya..
yg penting jga pemakanan n xperlu kot telan segala pil yang ada..tkut merosak diri ja..
kesan skrg maybe xnmpk tp masa depan..wallahualam~try to prove to other yang diri kita neh masing2 ada quality yang tersendiri...

keep it up=)

jus OREN hakis gigi??

PENGAMBILAN fluorida memperlahankan kerosakan gigi.
TIDAK cukup dipanggil sarapan pagi jika ia hanya segelas jus oren, kata para penyelidik gigi.
Sesetengah jus sangat berasid sehingga boleh memberi kesan pada gigi. Malah sesetengah makanan juga boleh menyebabkan kerosakan sehingga 84 peratus enamel gigi.
Dr. Yan-Fang Ren dari Institut Eastmen untuk Kesihatan Oral, Amerika Syarikat mengatakan pekatan asid di dalam jus oren mampu menyebabkan penghakisan gigi yang teruk.
Ren dan kumpulan penyelidiknya bersetuju dengan kesimpulan itu setelah membuat kajian ke atas produk pemutihan gigi yang terdapat di kaunter-kaunter farmasi.
Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa seperti yang dijangkakan sebelum ini, kuantiti hidrogen peroksida adalah sangat minimum jika dibandingkan dengan kuantiti asid sitrik yang selalu dijumpai di dalam buah oren.
Jus oren dikatakan mengakibatkan permukaan enamel gigi menjadi kasar. Pengkaji-pengkaji buat pertama kalinya menggunakan mikroskop vertikal untuk melihat permukaan gigi tersebut secara jelas.
Kajian turut mengesahkan bahawa jus buah dan minuman karbonat boleh menyebabkan pengurangan kekuatan enamel dan pembentukan plak gigi. Doktor gigi menyarankan minum minuman tersebut dengan menggunakan straw atau hanya ketika makan.
Kesan kerosakan gigi daripada minuman tersebut juga adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan. Ren turut mengatakan kebanyakan minuman jus dan soda adalah bersifat asidik.
"Kajian kami menunjukkan bahawa jus oren contohnya, berpotensi menyebabkan kerosakan gigi yang sangat serius. Ia adalah satu masalah kronik bagi mereka yang gemar mengamalkan pengambilan jus berkarbonat setiap hari.
"Kami masih belum berjaya menemui kaedah untuk menghalang penghakisan gigi. Namun, pengambilan fluorida boleh memperlahankan proses tersebut. Ini termasuk mendapatkan minuman bertenaga."
MINUM jus dengan cepat bagi mengelakkan gigi terhakis.
Katanya lagi, lebih lama gigi diberikan minuman berasid, lebih banyak kerosakan yang akan terjadi. Bagi yang minum minuman secara perlahan lebih daripada 20 minit adalah berpotensi mendapat kerosakan gigi berbanding orang yang menghabiskan minuman mereka dengan cepat.
Malah, menurutnya adalah penting untuk mengekalkan kebersihan mulut dengan mengamalkan sikap memberus gigi sebanyak dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
Kajian terbaru turut membuktikan bahawa minum jus buah-buahan boleh mengurangkan secara mendadak keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat kanser, masalah jantung dan darah tinggi.
Jus buah-buahan seperti oren, epal dan anggur berupaya mengurangkan keberkesanan sesetengah ubat antibiotik dan pil-pil demam.
Adalah diandaikan bahawa minuman tersebut menghalang ubat-ubatan daripada memasuki aliran darah selain menghalang sistem tindakan ubat tersebut.
Ini boleh membawa padah. Para pengkaji menasihatkan kita supaya lebih kerap minum air kosong ketika mengambil ubat.

Diambil dari KOSMO ONLNE=)
Juz wanna share with you all kat luar sana.. as we know certain people xbaca keeluruhan surat khabar..
da yg baca kartun saja..ada yg baca part sukan ja.
hope njoy reading it.. sambil2 tambah pengetahuan

Saturday, July 4, 2009

Its Too Late...




by: Kloudiia Tay IIng
What does it mean when a woman says" Its too late" to a man? Is she telling her man that she has given up hope? Sounds like that, doesn't it? Well, apparently it does have such a connotation. And when a woman says it's too late, in a general sense, you can take the words literally - meaning it is too late. Usually a response to certain action, word or behaviour by her partner, when these 3 words come out from your woman's mouth, to conclude that the death sentence has been given seems too harsh and extreme, but it may indeed reflect her intentions, especially if the circumstances are grave enough. A wife will stop complaining about anything only when she has told you umpteen times in the past, and you have chose to ignore them. As a husband, do not think that you have won the battle by making your wife shut up, because by shutting up, it also means that she already realised no matter what else she says is no longer going to matter, to you and most importantly to her. So, when she stops her complaining, she also clams herself up, and hardens her heart. If you by now still do not realise the difference in her affections and behaviour towards you, then you are in a way killing your own marriage. How then can you, as a husband or boyfriend, turn the situation around when she says "It's too late¡¨ in response to you asking a question or saying something that once used to matter a lot to her but no longer is? Well, it depends on how much this person and this relationship means to you. It's still not too late, if her heart is not with someone else.All it means is you have to really spend alot of effort to make her open up again, and to share with you what she really feels. Usually, it is not the words she say that is the problem. For example, if your wife says you have been spending too much on buying unnecessary things, it doesn't mean she wants to control your expenditure. It probably means she likes to be involved in the decision making of the buying process, and maybe she too has some things she¡•s had her eyes on but was putting on hold due to the family budget, and there you are happily splurging? Listen hard to what she says. Listen harder to what she is not saying. And the only way to find out is by asking her, gently. You may need to probe many times before she's willing to tell you, especially if she has been attempting to communicate to you for thousands of times and not getting any reciprocal attention. How to ask her so you can find out the real answer? Well, secret is, appeal to her emotions and feelings. Women need to feel secured, loved and appreciated. By taking care of her feelings first before your own needs, you can be sure that she will reciprocate much much more to your needs and give you even more freedom than you can ever imagine. Like I said, it's never too late if she is not in love with someone else. All it takes is lots of patience and love on your side to let her know she is still the one you love the most and she is the most important person in your life.

commonly all this happen to girl or women.. it happen to me too.. some of my relationship end up because of this matter..
so guys out there.. common guys..plz understand women you love... Sometime what u act is juz hurting her feeling..try to think before act..

Kita Ibarat emas yang diketuk??

Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecaiAyam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.
Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.
Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan. Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.
Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat. Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.
Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.
Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu ?

Thankz a Lot Dear....

Make me SMILE




Aku moody bnarnya sehari dua neh
tp moody aku hanya kat orang yg wat salah ja coz watpe lar nk ngamuk kat org yg xbersalah..

aku dh besa gni coz bla aku moody kat someone, xkn lew nk g tyang kat satu umah..so aku dh terlatih kat umah tmbh2 g kat cni..
i won't show if aku kecewa or sakit ati kat someone...tp first time shari dua neh aku moody until aku rasa xsihat..

coz xleh nk express feeling kita duk terperap ja dalam bdn wat makin merana gak..
huhu~

anyway thankz untuk orang yg sudi mndengar masalah aku (NORASMIDAR IDRIS)
hehe..coz dia teman aku dikala masalah melanda..actually seronok gak duk nyembang orang yang beri perhatian kat kita.. thankz a lot sis=)..ditambah lak kengkwn yang wat idup aku busy so terlupa ckit probs..they always make joke and make me laugh..love them..hope my probs will end soon .......

Friday, July 3, 2009

Good Listener

PENDENGAR YANG BAIK
“Most of the successful people I’ve known are the ones who do more listening than talking.”Bernard M. Baruch, American Economist and adviser to US presidents

Betul juga kata seseorang 'diam tu lebih baik'. Kadang-kadang apabila kita mendiamkan diri ketika orang lain sedang marah-marah menyebabkan orang berkenaan akan reda kemarahannya. Namun di ketika yang lain pula, jika kita terus mendiamkan diri kita kan terus ditekan, dikecam dan berbagai lagi malah dituduhnya bersalah. Sebenarnya sikap mendiamkan diri kena pada masa tertentu namun tidak sesuai pada ketika yang lain. Sepatutnya kita bukan mendiamkan diri, tetapi menjadi pendengar yang baik.




Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan dalam keluarga. Cuba perhatikan anak-anak, suami dan jiran di sekeliling anda. Rata-rata ramai yang pandai dan kerap bercakap namun kurang mendengar. Lebih-lebih anak-anak dalam usia meningkat remaja agak susah untuk mendengar arahandaripada ibubapa, kecuali ada cara tentu anak mudah mengikut telinjuk kita

Sebenarnya memang sedikit mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan seorang komunikator yang berkesan dan menjadi pendengar yang baik. Malah mereka yang mempunyai kemahiran sosial dan perhubungan awam yang baik terdiri daripada komunikator yang pandai berbicara dan dalam masa yang sama juga menjadi pendengar yang pintar.

Oleh kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak sering bermasalah. Mereka lebih suka meluahkan perasaan di kalangan rakan sebaya mereka. Ini disebabkan rakan sebaya lebih memahami dan mendengar segala luahan perasaan berbanding orang yang lebih dewasa. Faktor tidak wujudnya pendengar yang baik juga salah satu penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Lebih-lebih lagi kerana hanya satu pihak sahaja yang menjadi pendengar atau terpaksa mendengar, manakala satu pihak yang lain sering sahaja yang bercakap atau memberi arahan.

Terdapat dua sebab utama kenapa kita mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik.

1)Pertamanya setelah anda sanggup mendengar dengan baik, anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui selama ini. Memang benarlah bahawa selalunya kita tidak ketahui kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita sendiri. Kita lebih mudah menangkap dan melihat kelemahan orang lain.
2)Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik. Lebih-lebih lagi di tempat kerja dan mana-mana organisasi mengutamakan orang yang mudah mendengar arahan, patuh dan bertindak pada arahan. Di rumah pula kita kan lebih sayang dan mudah berbicara dengan anak yang 'suka mendengar cakap' berbanding dengan 'anak yang susah mendengar cakap'.
Mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka yang tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik. Bila waktu diam dan mendengar dan bila pula memberi peluang orang lain bercakap. Oleh itu, mendengar yang baik bermaksud satu proses mencerap dan merakam butiran kata-kata atau ucapan daripada sumber atau si perucap sambil memikirkan apakah yang perlu diberikan perhatian, mana perkara pula yang perlu diketepikan. Juga pendengar yang baik mengutamakan tindakan yang perlu diambil hasil daripada mendengar atau mencerap itu.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:
1.Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi.
2.Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
3.Berikan perhatian sepenuhnya.
4.Berikan 'eye-contact' atau kontak mata.
5.Lihat tepat ke dalam anak matanya.
6.Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
7.Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya…ya…aha", gitu".
8.Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
9.Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
10.Elakkan dari mengkritik.
11.Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
12.Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
13.Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
14.Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.


Untuk menjadi seorang yang mempunyai kemahiran sosial yang baik, anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Mungkin di peringkat awal kita agak janggal dan canggung melakukannya. Namun lama-kelamaan akan membuah hasil yang di luar jangkaan anda sendiri.
Untuk itu anda perlu juga membuat latihan seperti dalam menjawab telefon di mana kita mesti membalas cakap dengan menjawab, "Ya… eh… aha, " dan sebagainya. Atau gunakan kaedah bercakap sendiri dan menghadap cermin sambil melihat watak dan raut muka anda sendiri seolah-olah anda sedang mendengar. Atau perhatikan mereka yang mempunyai sifat pendengar yang baik ketika mereka berbual atau bersembang.

Jika usaha ini dijalankan secara serius, insya-Allah ia akan mendatangkan hasil. Perhatikan bagaimana anak-anak, dan suami mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang dalam pelbagai hal yang kadang-kadang bersifat peribadi. Suami atau isteri mula mahu bersembang dan bermesra dan lebih berinteraksi yang diselang seli dengan gelak ketawa dan gurau senda. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang bawahan anda mula menghormati anda sebagai ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik. Anda akan mula disenangi dan disegani.

Wanita Ogos 2001, ms 154-155

neh apa yang aku dapat dr membaca... sememangnya guru aku pun da cakap kalo nak orang respect kita, kita mesti belajar respect orang dulu.. so dalam hal neh.. bila orang bercakap, kita mesti bertindak jadi pendengar yang baik dan begitulah sebaliknya... be a good listener, everything must be fine...

Thursday, July 2, 2009

9 Words Women Use

Words...Words...Words...


another story realted bout me..words that i always use gak lew..
ntah cena terjumpa yg sepadan..haha~
xsangka lak da gak manusia wat kajian gni...and xsangka match dgn words that i slalu guna..
hehe~
for men try to understand your girlfriend punya feeling..




(1) Fine:This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes:If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing:This is the calm before the storm. This means something,and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead:This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh:This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That's Okay:This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' ... that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever:Is a women's way of saying Hate YOU!

(9) Don't worry about it, I got it:Another dangerousstatement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?'

beware with your words..sometime it might hurt someone deeply...

SaLahkah Kalo Bersikap Cemburu?




Da nice tajuk yg terjumpa kat trnet neh..huhu..so nk lew kongsi kat korg..coz neh my big problem yang happens to me setiap kali dalam hubungan.. for your information, penyakit neh mmg xleh nk buang.. i don't know why.. org kata kalo ikut perasaan bleh mati.. tp xlew sampai mati sungguh2 juz datangkan kesan yang teramat lew buruk kat dri kita neh.. yah..i admit it..coz it happen to me.. bla datangnya perasaan neh, rasa mcm ati nk meletup ditambah lak kta my roomate that aku suka pikir bnyak2.. bkn setakat bnyk ja tp kkdg ditambah dgn perkara negatif.. pkir negatif 2 contohnya leh syak2 bkn2 kat org even orang yang disyaki tu xwat pun~...and so on... maaf lew bkn apa jadik gni tp coz pengalaman kkdg bagi kesan mendalam kat kita.. coz pnah da hamba Allah yang wat gni to me.. when we put to much kepercayaan kat org last2 keputusan yang kita harapkan xmcm kita nak..apa kita rasa??even suma 2 dh lepass...kesan dia masih da smpai ari neh.. so mmg xdinafikan aku neh mmg kuat sgt jeleznya dalam hubungan.. kalo xda bukti sahih jgn mimpi nk percaya bulat2 org 2.. and take time gak lew nk ilan perasaan 2.. huhu~

so diz article i found dalam satu page untuk tatapan korg....



Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa. Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya engkau tidak cemburu, di mana letaknya diriku di dalam hatimu. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas denganmu.

Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yang tidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.

Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga, batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang!



Dalam perhubungan, cemburu itu bahaya. Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan
minta2 lew...dr artikel this at least bagi lew perubahan kat diri yang serba kekurangan neh..