Monday, August 10, 2009

LAGI2 H1N1...

ATTENTION PLZZ!
Kajianmendapati kadar keasidan tinggi dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang dan seterusnya mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).
Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan.
Disyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.Menurutnya, sebagai contoh, mereka yang demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa dua kali sehari selama tiga hari.Disyorkan juga buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang tidak mengganggu ketahanan badan. Kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.
Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.
P/S: MEMBACA MENAMABAH ILMU
SUMBER harian metro 10 ogos 2009

No comments:

Post a Comment