Saturday, August 15, 2009

A BEAUTIFUL HADITH

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel...'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

p/s;sama2 berkongsi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Monday, August 10, 2009

Hebatnya Ciptaan Allah S.W.T

KAGUMNYA..RENUNGKAN CIPTAANNYA


MOLE
Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.

BABI LAUT
Babi laut tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut. Saintis masih belum mengkaji bagaimana haiwan ini boleh hidup jauh di dasar laut.
PENYU PUTEH
Penyu putih yang warna krimnya bergabung dengan sedikit warna merah jambu, terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Satu karektor dalam kesusasteraan Cina - Journey To The West - berubah menjadi haiwan ini kerana perbuatan jahatnya.

AXOLOTL

Axolotl daripada keluarga amfibia yang berasal dari tasik di Mexico City. Ia banyak digunakan dalam kajian saintifik kerana keupayaan hampir semua anggota badannya untuk tumbuh semula.

TARSIER


Tarsier adalah sejenis monyet. Walaupun satu ketika bilangannya banyak, namun semua spesies yang hidup kini hanya boleh ditemui di pulau sekitar Asia Tenggara. Setiap bebola matanya mempunyai garis lintang kira-kira 16 milimeter dan ia sebesar keseluruhan otaknya.

SOLENODON HISPONIOLA


Solenodon Hispaniola, haiwan ganjil dengan muncung panjang, turut mempunyai gigi yang mampu mengeluarkan bisa. Hanya dua solenodon wujud hari ini, satu di Haiti dan Republik Dominica dan satu lagi di Cuba.


PANDA MERAH
Panda merah ialah mamalia maging yang sebesar kucing. Ia mempunyai kuku yang boleh disembunyikan separuh dan bulu tebal untuk melindunginya daripada cuaca sejuk dan menyembunyikan baunya

ULAR KAPAK
Ular kapak ini adalah ular laut dalam dengan gigi panjang berbentuk jarum dan tulang rahang bawah berengsel. Ia antara pemangsa paling garang di laut dalam dan dipercayai menyerang mangsa dengan memikat mereka dengan organnya yang bercahaya.


NAGA LAUT


Naga laut berdaun ini seolah-olah dilitupi daun, menjadikan ia sukar dikesan. Di temui di Australia, hidupan ini mendiami kawasan perairan sejuk dan dilindungi kerajaan sejak 1982.


BERUANG MATAHARI
Beruang matahari ini ditemui khusus di hutan hujan tropika Asia Tenggara. Dengan ketinggian hanya 121 sentimeter, ia paling kecil dalam keluarga beruang dan sering digelar beruang anjing

CICAK LEHER BEROPOL
Cicak leher beropol ini dinamakan demikian kerana kulit beropol di lehernya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Tabiatnya menyebabkan ia digelar 'cicak basikal' di Australia.

IKAN BUNTAL AYAM
Ikan buntal ayam ini boleh ditemui di Lautan Pasifik. Apabila membesar, ia boleh mencapai 50 sentimeter panjang.

SAIGA


Saiga, yang seperti kijang, biasanya berbadan besar, mudah lentur, hidungnya memanaskan udara ketika musim sejuk dan menapis habuk ketika musim panas.

IKAN KATAK BERBULU
Ikan katak berbulu ini 'berjalan' di sepanjang dasar laut kerana memburu makanan. Haiwan ini ditemui di Indonesia.

BUAYA JEJULUNG


Buaya jejulung India ini adalah spesies yang semakin pupus dan antara buaya paling panjang, kadangkala mencecah tujuh meter.

IKAN HAG
Dengan tabiat makannya yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan selut, ikan hag ini disifatkan hidupan laut paling menjijikkan.

MONYET PROBOSIS
Ciri paling terserlah monyet probosis ini ialah jantannya berhidung besar. Menurut kajian, monyet betina spesies ini gemarkan monyet jantan berhidung besar.

SOTONG DUMBO


Hidup di laut dalam dan antara sotong yang jarang ditemui, sotong Dumbo memperoleh namanya kerana telinganya, mirip karektor dalam filem Disney, Dumbo.

ECHIDNA
Echidna berparuh panjang ini antara 10 spesies utama yang diisytiharkan haiwan terancam pada 2007. Ia antara dua jenis mamalia yang bertelur.


KERA KECIL
Kera kecil ini mendiami kawasan hutan tanah rendah yang lembap di India atau Sri Lanka. Ia semakin terancam kerana kehilangan habitat.

BURUNG BOTAK BERKEPALA PAUS
Burung botak berkepala paus ini ditemui di kawasan paya tropika di timur Afrika. Burung ini setinggi 121.92 sentimeter sementara panjang sayapnya lebih 213 sentimeter. Spesies ini hanya ditemui oleh pakar ornitologi pada abad ke-19.

AYE-AYE


Haiwan ini, aye-aye, hampir sama dengan burung tukang. Ia 'menoreh' pokok untuk mencari ulat. Apabila makanan ditemui, ia menggunakan giginya untuk membuat lubang dan mengorek ulat keluar menggunakan jari tengahnya yang panjang

MONYET KERDIL
Monyet kerdil ini ditemui di kawasan hutan di barat Brazil, tenggara Colombia, timur Ecuador dan timur Peru. Ia bersifat omnivor dengan memakan buah, daun, unggas dan kadangkala reptilia kecil

KOMONDOR



Komondor, anjing besar baka Hungary, mempunyai bulu tebal dan panjang seperti tali. Ia diisytiharkan satu daripada khazanah negara itu.

IKAN BLOBFISH
Ikan yang dinamakan blobfish ini lembik seperti agar-agar dengan ketumpatannya kurang sedikit daripada air tempat ia diami. Ini membolehkannya kekal terapung. Dengan tinggal hampir di dasar laut, ikan ini makan apa saja yang terapung melintasinya.


JERBOA


Jerboa (daripada keluarga tikus) bertelinga panjang ini ditemui di padang pasir China dan Mongolia. Selain telinganya yang panjang, ekor dan kakinya juga panjang. Haiwan yang jarang ditemui ini kini diancam kepupusan.

KETAM GERGASI
Ditemui pada 2005 di Lautan Pasifik Selatan, haiwan ini digelar 'ketam gergasi'. Ia tinggal 2,200 meter pada bolong hiperterma di sepanjang Lautan Pasifik-Antartik

LAGI2 H1N1...

ATTENTION PLZZ!
Kajianmendapati kadar keasidan tinggi dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang dan seterusnya mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).
Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan.
Disyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.Menurutnya, sebagai contoh, mereka yang demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa dua kali sehari selama tiga hari.Disyorkan juga buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang tidak mengganggu ketahanan badan. Kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.
Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.
P/S: MEMBACA MENAMABAH ILMU
SUMBER harian metro 10 ogos 2009

Thursday, August 6, 2009

Kelebihan Syaaban=)


SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.Sesetengah ulama menyatakan
-bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa
-bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripadasegala macam cela
-Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa
Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.
Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya."Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa.
" (Hadis Riwayat Ahmad)Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

p/s:sumber harian metro online=)
membaca menambah ilmu

Wednesday, August 5, 2009

2 AUGUST 2009

bestnya dpt smbut bezday kat umah..
hehe..one of it advantage dpat hdiah n rsa disayangi sgt2~
kalo jauh..rasa sunyi coz pg2 ja xda pape feeling..
sememangnya smbut dgn kwn n family sememangnya berbeza..
masing2 da yg bestnya..
tp surprised party paling diingat skali masa form 5..
kengkwn wat suprised party..
muka aku slumber badak ja trima kek sedangkan mmg xtau kta kwn2 skol nk smbut bezday aku kat skol..
diz year dapat baju kurung moden from my mum n my dad..
abg aku dgn baik ati trus bagi duit blanja...sungguh xdsangka=)
my sis minta maaf to me coz xdapat bg pape..tp xkisah lar dia rjin neman smbg2 dgn aku..ckup dgn kasih syg je is already enough 4 me sis=)..
gpun dia blajar g tp last year dia pnat2 kumpul duit to buy me something..
mmg terharu sgt smpaikan nk tukar beg dompet hdiah yg dia kasi pun xsanggup coz rsa bnda 2 brharga sgt...
honey lak bg bnyk bnda..snggup lak dia ambik cuti and spend lil time dgn melayan my karenah..
thankz dear~
tp bnda yg paling bertahan lama skali is my dad's birthday present msa form 1..
jam Casio yg dipakai smpai ke hari masih ada..
aku dh keep for 6 years..
kalo ilang or rosak..tragik gak r kesan dia..
xkisah pun sgt hdiah2 neh..tp i will keep them all well..
stiap kali ari lahir aku dh berlalu..aku rasa syukur sgt Allah bagi kesempatan aku untuk idup kat muka bumi milikNYA..
hoping i can do apa-apa ja dgn lebih baik berbanding thn sebelumnya=)..
SWEET 19....